Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Zamsaham minta bantuan FAM, MFL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zamsaham-norizam-tukiman-kelantan-fc.jpg
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membantunya berhubung tunggakan hutang yang belum dilunaskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata KAFA berhutang dengannya sebanyak RM3.8 juta, yang merupakan jumlah cukup besar dan boleh digunakan untuk menambah baik fasiliti Kelantan FC.

"Kepada KAFA, minta tolong supaya dapat bayar hutang RM3.8 juta kepada saya. Mungkin FAM atau MFL boleh bantu saya.

"Macam-macam yang boleh saya buat dengan RM3.8 juta itu, saya boleh buat berapa banyak padang dan saya boleh bayar gaji pemain yang tertunggak," katanya dalam satu sidang media semalam.

Difahamkan, Zamsaham membayar RM6.8 juta ketika proses mengambil alih pasukan The Red Warriors (TRW) daripada KAFA pada September 2020.

Menurut laporan, jumlah itu membabitkan RM3 juta bagi pembelian Kelantan FC dan RM3.8 juta lagi adalah pinjaman kepada KAFA bagi menyelesaikan hutang kepada pemain dan agensi tertentu.

Sebelum ini, Zamsaham juga pernah menyaman KAFA selepas persatuan itu gagal melunaskan tunggakan hutang berkenaan.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video