LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Yusri Che Lah tak rela Perak pulang tangan kosong
Jurulatih Perak, Yusri Che Lah, beranggapan The Bos Gaurus tetap berdepan tugasan mencabar bertemu Kuching City untuk aksi Liga Super 2024/25 di Stadium Negeri Sarawak, sebentar lagi.
Ini susulan motivasi anak buahnya ituy berada di tahap terbaik setelah berjaya meraih kemenangan besar 7-0 menewaskan Kelantan Darul Naim dalam perlawanan terakhir sebelum ini.
Yusri menegaskan pertemuan menentang Kuching adalah satu perlawanan yang berbeza dengan pasukan lawan diakui sebagai pasukan yang lebih ampuh kali ini.
Iklan
"Saya sering berpesa, menang mahupun kalah setiap perlawanan adalah motivasi. Cuma apabila berada dalam hari perlawanan perlu focus sepenuhnya.
"Kuching City pasukan terbaik Ketika ini, kami perlu lihat kekuatan pasukan itu terutamanya pemain import. Saya berharap perlawanan yang lebih baik pada malam ini," katanya.
Malah, dia berharap barisan pemainnya mampu menyerap segala tekanan dalam pertemuan itu nanti bagi mengekalkan momentum cemerlang pasukan.
Untuk rekod, Skuad Seladang belum tewas dalam lima aksi terakhir di tempat lawan musim ini.
"Kami akan cuba meraih mata malam ini dan tidak mahu dengan tangan kosong kerana selepas ini akan berehat 20 hari sebelum berdepan JDT." tambahnya.
Must-Watch Video