LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Yusri Che Lah puji tumpuan hujung permainan Perak FC
Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, memuji disiplin anak buahnya ketika membenam Kuching FC untuk kemenangan sulungnya sejak mengambil alih tugasan itu.
Sang Seladang mengharungi perjalanan jauh ke Stadium Negeri Sarawak untuk menoktahkan kemenangan ketiga yang secara tidak langsung menjarakkan diri dari zon tiga tercorot Liga Super.
Selepas menyudahkan babak pertama yang menyaksikan Abu Kamara memadam gol pendahuluan Luciano Guaycochea, Seo Seonung muncul wira untuk kemenangan 2-1 menuju 10 minit masa kecederaan.
Iklan
"Syukur kepada Allah SWT untuk kemenangan pertama di bawah kendalian saya walaupun di tempat lawan.
"Pemain-pemain memberikan tumpuan sepenuhnya kerana kami bimbang Kuching City akan menjaringkan gol pada akhir-akhir permainan seperti mana dua perlawanan terakhir.
"Kami berjaya mereka dengan cukup baik.
"Kemenangan pada malam ini sesuatu yang baik untuk pasukan," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Must-Watch Video