Tuah lilitan selaku kapten pasukan membantu Faisal Halim merekodkan hantaran gol atau bantuan jaringan pertamanya musim ini, tatkala Alvin Fortes berkongsi kepuasan menghasilkan gol setelah beberapa percubaannya tersasar.
Penyerang Selangor, Faisal Halim, menjelaskan meskipun The Red Giants sudah mara untuk bersaing di peringkat Asia, namun kemenangan berterusan amat penting buat dirinya dan pasukan.
"Yang penting kemenangan buat pasukan dan bukannya lilitan kapten dan sebagainya, saya ketuai pasukan dan tiga mata penting buat Selangor walaupun sudah naib juara dan sudah layak ke Asia," kata Faisal Halim.
"Tiada alasan saya perlu jaringkan gol dan bantu jaringan, saya perlu kekal begini. Saya harap dapat bantu pasukan dalam aksi terakhir, saya gembira dapat bantu pasukan," tambah Alvin Fortes.
Sementara itu di kem Terengganu pula tumpuan terarah kepada kapten pasukan iaitu Safawi Rasid yang tampak tidak berpuas hati kerana dikeluarkan.
Penyerang skuad Peteh, Ismaheel Akinade turut berkongsikan pandangannya tersendiri berhubung situasi pertukaran itu.
"Pada lapan minit terakhir agar sukar untuk mencipta impak dengan Selangor meraih jaringan. kami belajar daripada kesilapan dan cuba perbaiki dalam aksi akan datang." ujarnya.

— Selangor FC (@selangorfc) April 5, 2025