Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: VAR hiasi kemenangan Selangor, Penang hilang rentak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Selangor akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan selepas dua kekalahan sebelum ini apabila mencatatkan keputusan membanggakan menewaskan Penang di Stadium Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain muda, Mukahiri Ajmal, meletakkan Selangor di depan seawal minit ketiga permainan menerusi hantaran daripada pemain sayap, Alvin Fortes.

Aksi kelihatan cemas susulan pasukan pelawat menyamakan kedudukan di mana kekasaran yang dilakukan ketua pasukan, Safuwan Baharudin, memberikan sepakan penalti buat Penang yang kemudiannya disudahkan oleh Rafael Vitor pada minit ke-64.
 
Berselang enam minit kemudian, giliran The Red Giants pula dihadiahkan sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati bahawa penyerang utama, Ronnie Fernandez, jelas dijatuhkan oleh pertahanan Penang dalam kotak penalti.

Yohandry Orozco tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk memberikan kelebihan semula buat skuad kendalian Nidzam Jamil berada di depan.

Kedukaan anak-anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus bertambah oleh kerana Alvin Fortes menjaringkan gol menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel, untuk skor selesa 3-1.

Quentin Cheng akhirnya membuka akaun jaringan peribadinya musim ini selepas lariannya tidak dikenakan ofsaid sekali gus memberikan kegembiraan buat penyokong tempatan selain Selangor kembali memintas kedudukan Sabah untuk berada di tangga kedua saingan Liga Super.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video