Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ucapan terakhir Sergio Aguero buat Sri Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergio.jpg
Perancang tengah Sri Pahang, Sergio Aguero mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan.

Tonggak berusia 29 tahun itu menjadi watak penting buat Sri Pahang sejak beberapa musim sebelum ini sehingga berjaya mengukir kejayaan seperti muncul naib juara Piala Malaysia.

Walau bagaimanapun, jodoh Aguero dan Sri Pahang tampak sudah berakhir apabila pemain kebangsaan itu memuat naik ucapan terima kasih buat rakan dan juga pihak pengurusan di laman Instagram.

”Hari ini, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata apa ertinya Pahang dalam hidup saya.”

“Lima tahun lalu, saya tiba di sini sebagai orang asing. Saya tidak tahu apa yang menanti dan yang saya bawa hanyalah impian dan harapan yang tinggi.”

“Namun sejak hari pertama, Pahang menerima saya dengan tangan yang terbuka. Pahang berikan saya sebuah pasukan, sebuah rumah keluarga dan paling penting rasa dimiliki.”

“Ke mana pun bola sepak membawa saya selepas ini, Pahang tetap akan kekal dalam hati saya.”

Aguero turut merakamkan ucapan terima kasih buat Pemilik Kelab Sri Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang di atas segala jasa sepanjang 5 tahun baik daripada segi kerjaya mahu pun kehidupan peribadi.

”Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang istimewa kepada Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang."

"Baginda mengangkat saya daripada titik kosong, mempercayai saya ketika tidak ramai yang melakukannya dan melayan saya seperti anak sendiri.”

“Saya akan selamanya terhutang budi dan berterima kasih atas segala yang telah Baginda lakukan baik daripada segi kerjaya mahupun kehidupan peribadi saya.”

“Ini bukanlah sebuah ucapan selamat tinggal. Ini adalah satu janji bahawa saya akan selamanya jadi sebahagian daripada keluarga Pahang.”

Kredit: MakanBola

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video