Revolusi baru Sri Pahang di bawah kepimpinan Fandi Ahmad mula memberi impak positif menerusi rekod tanpa kalah, tetapi legenda Singapura itu mengakui terkesan dengan lambakan pemainnya yang masih dibelenggu kecederaan.
Situasi itu seterusnya merencatkan usaha tuan rumah meraih kemenangan kedua Liga Super.
"Kami (perlu) bergantung kepada Nor Azam (Azih) dan Kpah (Sherman).
"Patut (Sergio) Aguero juga dimasukkan tadi tapi kami simpan dia dulu.
"Saya harap boleh pulih 2-3 hari lagi. Takut banyak terlalu banyak (masalah) kecederaan (yang melanda kem Sri Pahang).
"Kami juga takut masalah hamstring (melanda) Nor Azam dan Kpah pasal kami kekurangan penyerang, hanya ada David Rowley sahaja (sebagai pengganti).
"Jadi (sebab itu) kami guna pemain sayap untuk bantu dari belakang," katanya dalam sidang media pasca perlawanan.
Sementara itu, Sherman yang menjaringkan gol penyamaan percaya Tok Gajah di landasan tepat untuk memberikan cabaran hebat musim ini.
"Saya sudah berjanji untuk meraikan jaringan dengan gaya itu sempena kelahiran bayi baru. Ia detik yang baik saya.
"Setidak-tidaknya kami mengutip satu mata dan kekal tanpa kalah pada musim ini," katanya.
Shaiful Shamsudin
Mon Mar 13 2023