Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tiga pasukan gergasi angkat kaki musim depan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ligasuper.jpg
'Pemain sudah diarahkan cari pasukan lain.'

Menerusi perkongsian ejen yang berdaftar dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Dr. Faidauz Azhar, terdapat tiga pasukan berisiko hilang dalam radar Liga Super musim depan.

"Jika pasukan-pasukan ini menghadapi masalah seperti laporan FIFA daripada pemain import yang melibatkan kewangan.

"Berkemungkinan, pasukan tersebut sukar bertanding dan mendapatkan lesen kebangsaan. 

"Terpulang kepada budi bicara Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan First Instance Body (FIB).

"Tiga pasukan ini mempunyai penyokong yang ramai. Kelantan, Sri Pahang dan Kedah Darul Aman. Jadi, sayanglah jika mereka tidak dapat beraksi.

"Banyak bakat-bakat baru yang datang daripada tiga pasuka ini," katanya di Nadi Arena.

Bermula musim hadapan, penstrukturan Liga Malaysia (Liga-M) sekali lagi dijangka berlaku menerusi penyertaan 10 skuad sahaja.

Sementara itu, dilaporkan bahawa Liga Perdana juga bakal kembali diwujudkan sebagai liga kedua dalam sistem piramid bola sepak negara.

"Saya difahamkan, sama ada betul atau tidak, ada ura-ura mengatakan pengurusan Kelantan Darul Naim (KDN) yang mahu berunding dengan pemain untuk menukar terma sedia ada dalam kontrak.

"Jika perkara ini benar, saya sarankan untuk mengadakan satu perjumpaan rasmi antara pemain dan pengurusan.

"Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) juga boleh hadir sebagai mewakili hak pemain yang mengetahui undang-undang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Untuk rekod, rata-rata pemain senior skuad Kijang Emas sudah tidak bersama pasukan dan kelab berkenaan kini menggunakan khidmat pemain bawah 23 tahun (B-23).
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video