'Nama besar tidak menjamin tempat dalam kesebelasan utama', perkara itu ditegaskan ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, berhubung penyertaan dua tonggak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid menjelang musim baru Liga Super.

Tomislav juga tidak dapat memastikan kualiti sebenar yang ada pada kedua pemain tersebut susulan kurangnya minit permainan musim lalu.

Justeru, Safawi dan Akhyar dituntut untuk bukti kewibawaan dalam sesi latihan dan aksi persahabatan bagi tersenarai dalam barisan utama.

"Saya mengharap banyak daripada mereka, mereka bagaimanapun perlu membuktikan kemampuan di atas padang," kata Steinbruckner menerusi Nadi Arena.

"Mereka berdepan kurang minit permainan musim lalu, saya berharap mereka akan memberikan yang terbaik dan membuktikan mampu untuk berada dalam kesebelasan utama.

"Safawi seorang pemain yang bijak, dia tahu apa yang saya mahukan dan dia perlu membuktikan dirinya berhak dalam kesebelasan utama."

Sementara itu, Tomislav turut berkongsi kegembiraan apabila lokasi latihan pertama skuad Penyu semalam.

"Ini merupakan sesuatu yang positif, dan saya berharap persiapan pasukan berjalan lancar bagi memastikan musim kami mampu menghasilkan keputusan positif."