Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu teruskan rentak kemenangan atasi Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kipre.jpg
TERENGANU FC 2 SELANGOR FC 0

Terengganu FC meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super dengan menewaskan Selangor FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Gol daripada Faisal Halim dalam babak pertama dan jaringan penalti Tchetche Kipre dalam babak berikutnya sudah cukup untuk skuad Peteh itu meraih mata keenam musim ini, sekali gus memintas Selangor untuk berada di tangga ketujuh liga.

Selepas memulakan liga dengan dua kekalahan, Terengganu bangkit menewaskan Sarawak United FC 2-0 hujung minggu lalu dan mengekalkan keamatan sama untuk menewaskan Selangor.

The Red Giants pula, selepas memperoleh kemenangan pertama dengan aksi terpuji membelasah Kedah Darul Aman FC 4-1 dua minggu lalu, tidak dapat mengekalkan prestasi terbaik mereka dan kerap kehilangan penguasaan bola.

Aksi di Kuala Terengganu menyaksikan Faisal membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-20 susulan gerakan solo menariknya dalam kawasan penalti untuk mengatasi deretan pertahanan Selangor dan seterusnya melepaskan lambungan yang menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Selangor cuba bangkit dalam babak kedua tetapi tekanan yang diberikan Terengganu menyaksikan mereka memberikan pasukan tuan rumah itu sepakan penalti.

Susulan satu gerakan pantas, Kipre meluru ke arah gawang gol Selangor sehingga Yazan Al-Arab terpaksa melakukan terjahan yang menjatuhkannya sebelum pemain kelahiran Ivory Coast itu mudah menyempurnakan sepakan penalti berkenaan pada minit ke-60.

Terengganu seterusnya akan menantikan kunjungan Negeri Sembilan FC bagi perlawanan pusingan pertama Piala FA manakala Selangor pula akan meneruskan aksi liga menentang Sri Pahang FC pada hari yang sama.

Advertisement

Must Watch Video