Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Temui rentak jaringan, Aremu tingkat semangat bantu The Cops raih kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aremu-timothy.jpg
Tonggak tengah import PDRM, Aremu Timothy, mengakui tiga gol dalam tiga perlawanan Liga Super berturut-turut menyuntik semangat serta keyakinannya untuk terus membantu The Cops menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain kelahiran Nigeria berusia 22 tahun itu bagaimanapun ternyata lega apabila dia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran di Malaysia meskipun ini merupakan musim pertamanya di liga rantau ASEAN.

Timothy turut meletakkan sasaran peribadi untuk sekurang-kurangnya mencetak tujuh gol bersama Sang Saka Biru dalam kempen Liga Super.

Dia percaya, kualiti yang dimiliki skuad kendalian P. Maniam itu mampu untuk meletakkan PDRM berada di kelompok empat pasukan terbaik liga.
 

Advertisement

Must Watch Video