Kemarau gol Terengganu FC (TFC) berakhir apabila jentera serangan skuad Penyu itu kembali menemui sentuhan berbisa dengan membelasah Kelantan FC 5-0 dalam aksi 'Derby Pantai Timur' Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus semalam.
Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, mengakui lega apabila jentera serangannya kembali menemui sentuhan gol selepas tampil dengan prestasi kurang menyerlah dalam perlawanan berintensiti tinggi sebelum ini.
Kemenangan besar awal musim itu juga, tegas Steinbrucker, penting bagi menebus kekecewaan penyokong skuad Penyu itu berikutan prestasi yang kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan musim ini.
"Sebelum ini kami dibelenggu ketumpulan penyudah sehingga menyaksikan deretan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk gol.
"Kali ini, saya sangat gembira apabila ketiga-tiga penyerang, semuanya menjaringkan gol. Perlawanan sebelum ini, kami juga mencipta begitu banyak peluang dan semua orang bermain dengan baik tetapi sukar untuk menjaringkan gol.
"Saya benar-benar berpuas hati dengan keputusan ini dan melihat dengan optimis untuk perlawanan seterusnya menentang Kuching City FC," katanya selepas perlawanan itu.
Gol skuad Peteh itu dijaringkan Jordan Mintah minit ke-16, Adisak Kraisorn (m-61), Ivan Mamut (penalti m-67, m-91) dan Hakimi Abdullah (m-63).
Tiga mata itu menyaksikan TFC naik ke tangga keenam Liga Super dengan 10 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.
Kredit: Sinar Harian