KELANTAN FC 0 SRI PAHANG FC 5
Sri Pahang FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan yang sedang mengalami konflik dalaman, Kelantan FC, dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu sebentar tadi.
Gol berganda Fadhli Shas dan Kpah Sherman selepas jaringan pembukaan pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero, sudah cukup menunjukkan penguasaan total pasukan Tok Gajah itu dalam pertemuan 'Derby Pantai Timur' kali ini.
Aguero meletakkan Sri Pahang di depan seawal minit keenam apabila bertindak bijak menolak masuk umpanan tandukan Baqiuddin Shamsudin.
Biarpun menguasai, pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu gagal menambah sebarang jaringan dalam separuh masa pertama tetapi selepas waktu rehat, ceritanya jelas berbeza.
Tiga minit selepas perlawanan bersambung, pertahanan tengah, Fadhli, menggandakan kelebihan pelawat dengan menanduk masuk bola daripada sepakan sudut Michael Glassock.
Berselang 10 minit, giliran Sherman memerah limau di luka Kelantan, juga menerusi satu situasi sepakan penjuru yang dimulakan Aguero.
Fadhli kemudian memperoleh gol kedua peribadinya selepas sejam permainan, di mana situasi bola mati terus menjadi duri dalam daging buat The Red warriors, kali ini dicetuskan oleh sepakan percuma Aguero.
Malam gemilang Tok Gajah ditutup dengan jaringan kelima dan yang kedua secara peribadi buat Sherman pada minit ke-86 menerusi satu gerakan solo menarik.
Keputusan lain:
PERAK FC 1 PDRM 2