Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Sri Pahang rancang rantai trio Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pertahanan-muda-sri-pahang,-ibrahim-manusi.jpg
Pertahanan muda Sri Pahang, Ibrahim Manusi, enggan menjadikan aksi menentang Terengganu sebagai tekanan atas perbezaan kedudukan di carta Liga Super. 

Sebaliknya ia dianggap sebagai motivasi tambahan buat pasukannya memperbaiki kedudukan.

Tok Gajah yang kini berada dalam kelompok tiga tercorot seakan-akan diberi nafas baru selepas berjaya mengikat Sabah dalam saingan terakhir mereka dalam kancah liga.




"Cabaran saya esok ialah mengekang bahagian serangan Terengganu seperti Safawi Rasid dan Ahkyar Rashid dan Ismahil Akinade," katanya. 

Bagaimanapun, dia tidak menolak kenyataan bahawa fokus seharusnya terarah kepada kelemahan komunikasi antara rakan sepasukan, seandainya mahu memastikan misi tiga mata dapat direalisasikan. 

"Tiada masalah untuk kami mengekangnya sebab ketika lawan Sabah, kami sepatutnya dapat menghasilkan keputusan positif tetapi disebabkan masalah komunikasi, kami sedikit lalai akhirnya kami hanya dapat bawa pulang satu mata," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video