Ramai mempersoalkan tentang tiga kekalahan awal pasukan Negeri Sembilan FC pada aksi saingan Liga Super dan yang terbaharu, turut tersingkir pada kancah Piala FA.

Kini, tudingan jari sudah semestinya terarah kepada kewibawaan jurulatih NSFC, Azzmi Aziz dalam mengendalikan pasukan.

Namun di sebalik kritikan peminat bola sepak tempatan, aspek positifnya adalah skuad Jang tewas bertemu dua pasukan yang memiliki kualiti pemain dan rekod prestasi yang lebih baik dari skuad kendaliannya.

Azzmi Aziz tampil merendah diri mengakui segala kesilapan berpunca darinya dan perlawanan Liga Super menentang KL City perlukan perubahan drastik serta ingin mengembalikan kepercayaan peminat.

Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari Azzmi menceritakan dengan strategi yang telah dicaturkan olehnya pada awal tidak berhasil.

"Kita memang mencuba sebenarnya, kita mencuba di JDT itu kita lebih kepada serangan balas, selepas itu kita datang Selangor sedikit terbuka di separuh masa pertama dan kedua namun kita tidak berjaya.

"Kita cuba lagi di perlawanan ketiga itu Piala FA saingan kalah mati, kita cuba lebih tinggi juga keluar dengan lima pertahanan cuma sesekali kita cuba buat serangan balas tapi masih tidak berhasil.

"Jadi saya rasa kena buat sesuatu yang lebih baiklah dengan KL kali ini sebab kita main perlawanan sebagai tuan rumah saya percaya jangkaan peminat setia yang menyokong dan mendoakan kita tinggi dan kita kena balas kepercayaan itu," ujarnya lagi.

"Saya harap pemain berikan yang terbaik dan kita nak sangat keputusan yang terbaik.