Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Siaran langsung & live streaming Sri Pahang lawan Kuching City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sri-pahang-vs-kuching-city.jpg
Sri Pahang akan melayani kunjungan Kuching City bagi perlawanan tertunda Liga Super di Stadium Temerloh malam esok.

Kedua-dua pasukan itu sedang berada dalam prestasi berbeza, di mana Tok Gajah pada Khamis lalu di belasah Terengganu 1-5 manakala Kuching City pula menewaskan Kelantan Darul Naim 3-0.

Kedudukan semasa pula menyaksikan Sri Pahang berada di tangga ke-11 liga dengan 17 mata manakala Kuching City pula di tangga kelima dengan 27 mata.

Mampukah Sri Pahang bangkit mengubah nasib mereka atau Kuching City meneruskan rentak kemenangan.

Siaran langsung & live streaming Sri Pahang vs Kuching City

Saksikan perlawanan menarik ini di Astro Arena Bola 2 saluran 804 bermula jam 9.50 malam esok.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
 

Advertisement

Must Watch Video