Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Siaran langsung & live streaming Selangor lawan Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-vs-sabah.jpg
Perebutan naib juara Liga Super masih terbuka dengan pasukan di tangga kedua, Selangor, akan menantikan kunjungan pasukan di tangga ketiga, Sabah, di Stadium Petaling Jaya malam ini.

Ketika ini, Selangor sudah mengumpulkan 42 mata, dibezakan lapan mata dengan Sabah (34 mata) selepas 19 perlawanan.

Dengan hanya berbaki lima perlawanan ketika ini, Selangor hanya memerlukan satu mata lagi untuk bergelar naib juara seandainya mereka dapat memenangi pertemuan kali ini.

Siaran langsung & live streaming Selangor vs Sabah

Saksikan perlawanan ini secara langsung di TV Okey saluran 146 bermula jam 8.30 malam ini.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
 

Advertisement

Must Watch Video