Dua tonggak Kuala Lumpur City, Kpah Sherman dan Zhafri Yahya, akhirnya membuka akaun jaringan musim ini menerusi perlawanan kesembilan Liga Super.
Kedua-duanya menyumbat gol dalam pertemuan Liga Super menentang Kelantan The Red Warriors (TRW) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras malam tadi, setelah kemarau jaringan sejak awal musim.
Sherman mahupun Zhafri ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mengakui jaringan itu amat bermakna buat diri mereka selepas bergelut mendapatkan prestasi terbaik masing-masing.
"Gol sulung untuk kelab baru diwakili sememangnya paling sukar.
"Jaringan ini menyuntik keyakinan agar saya dapat beraksi dengan lebih baik.
"Saya bersyukur beroleh jaringan pertama ini dan paling penting memungut tiga mata bagi meneruskan momentum kemenangan dan kekal di tangga kedua.
"Saya menyasarkan untuk mendapatkan dua digit jaringan sebelum musim ini berakhir.
"Saya berkeyakinan dan perlu bekerja keras selain membantu rakan pasukan mencapai kemenangan," kata Sherman.
Pemain tengah, Zhafri, yang sudah bersama The City Boys sejak 2015 lega untuk kembali menemui sentuhan penyudah setelah tampil dalam lapan perlawanan.
"Saya lambat mendapatkan gol tetapi akhirnya dapat juga.
"Saya gembira dengan skuad ketika ini. Kami tiada masalah untuk membuat pertukaran pemain," katanya.
Sementara itu, penolong jurulatih Kelantan TRW, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, mengakui perbezaan kualiti menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan apabila lawan menjadikan pertahanan kanan dan kiri pasukannya sebagai 'lubuk' pencetus jaringan.
"Kami tidak menutup awal hantaran lintang pihak lawan.
"Pertukaran membawa masuk pemain seperti Ifedayo (Olesegun) dan Habib (Haroon) memberi tekanan kepada KL City.
"Tapi jaringan itu (sudah) agak terlewat," katanya pula.

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat