Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, akhirnya mendapat kemenangan pertamanya selaku pengendali Selangor, selepas Gergasi Merah membelasah Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Paroi.
Keputusan tersebut juga melanjutkan kemarau kemenangan skuad Jang di laman sendiri dalam semua saingan lebih setahun, iaitu sejak November 2023.
Ronnie Fernandez kembali ke barisan utama Gergasi Merah kali ini, untuk misi yang sama buat kedua-dua pasukan.
Tapi selepas 14 minit aksi berlangsung dalam cuaca hujan renyai di Paroi, Aliff Haiqal bijak memecah kebuntuan kegagalan pertahanan skuad Jang untuk menghalang umpanan Ali Olwan membawa padah.
Menuju ke penghujung babak pertama, Alvin Fortes pula melakar nama selaku penjaring untuk pelawat, ia merupakan gol kelima Fortes di saingan liga super musim ini menjadikan keputusan 2-0 kepada Selangor.
Namun derita di babak pertama untuk tuan rumah belum berakhir, kerana Che Rashid Che Halim dilayangkan kad merah apabila kelihatan seakan cuba memijak Fortes ketika jatuh di padang.
Kelebihan seorang pemain dimanfaatkan Selangor di babak kedua, selepas hanya dua minit aksi bersambung, Quentin Cheng menjadikan kedudukan 3-0 sebelum pembelasahan Negeri Sembilan berterusan, apabila Yohandry Orozco berjaya menghukum benteng tuan rumah sekaligus memastikan kemenangan 4-0 buat Selangor.
Ammar Hakim
Mon Dec 09 2024