Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Selangor berpesta sambut kemenangan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Selangor meraikan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila menewaskan DPMM 3-0 di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.

Pertahanan Thailand, Kevin Deeromram, muncul wira The Red Giants dengan dua jaringannya dalam separuh masa pertama, masing-masing pada minit kelima dan 36.

Chrigor Moraes kemudian menambah satu lagi gol buat tuan rumah pada minit ke-67 untuk memastikan tiga mata pertama Gergasi merah.

Sebagai rekod, Selangor memulakan kempen musim ini dengan kekalahan 0-3 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video