LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Selangor ada peluang lebur sumpahan, JDT tunggu masa angkat piala
Juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) secara tidak rasmi sudah mempertahankan gelaran ke-11 mereka selepas aksi minggu ke-19 menyaksikan mereka kekal memimpin carta di tempat pertama.
Juara piala FA 2024 itu kini mengumpul 52 mata sambil dibezakan dengan jurang 13 mata oleh pencabar terdekat, Selangor, yang menghuni kedudukan kedua yang turut diekori rapat oleh Sabah.
Untuk mengesahkan kejuaraan, skuad kendalian Hector Bidoglio wajib memenangi dua perlawanan seterusnya sewaktu bertemu PDRM dan Perak untuk enam mata maksimum, sekali gus bakal diumumkan selaku juara meskipun berbaki enam aksi liga.
Iklan
Namun, apabila The Red Giants juga mempunyai peluang untuk menggondol piala berprestij itu dengan syarat harus memenangi ke semua baki enam permainan bagi memintas kedudukan Harimau Selatan.
Skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi itu memiliki 39 mata. Sekiranya mereka berjaya meraih 18 mata maksimum daripada enam perlawanan tersebut, ia akan menjadikan Selangor memperoleh 57 mata dan berada di atas JDT dengan syarat JDT tewas baki aksi berikutnya.
Must-Watch Video