Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Richmond Boakye teruja ledak gol pertama bersama Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

richmond-boakye.jpg
Penyerang import Selangor FC, Richmond Boakye, teruja apabila meledakkan gol pertamanya bersama pasukan Gergasi Merah itu ketika mengatasi Penang FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya malam tadi.

Pemain kelahiran Ghana itu mengakui jaringan yang dilakukaannya pada minit ke-59 itu akan menjadi pembakar semangat untuk terus membantu The Red Giants dalam baki saingan musim ini.

Boakye turut berharap dapat membuktikan kredibilitinya sebagai antara pemain import terbaik pernah dimiliki Selangor meskipun sedar tanggungjawab besar yang sedang digalasnya.

"Yang pertama, saya mahu berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa kerana Dia-lah yang membenarkan segala yang terjadi," katanya kepada Astro Arena.

"Saya juga mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan saya, penyokong dan staf pasukan kerana tanpa mereka, mustahil untuk saya menjaringkan gol ini.

"Jaringan ini saya dedikasikan buat penyokong dan rakan sepasukan saya.

"Ia sentiasa waktu yang menggembirakan untuk dinikmati buat seorang penyerang apabila dapat menjaringkan gol pertama.

"Apabila anda menjaringkan gol pertama, jaringan berikutnya akan datang segera jika anda meneruskan yang terbaik dalam latihan dan mendengar cakap jurulatih," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video