Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Reziq Bani Hani tidak lagi bersama Selangor, sudah temui destinasi baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

reziq.jpg
Naib juara Liga Super musim lalu, Selangor, mengumumkan bahawa penyerang muda Jordan, Reziq Bani Hani, secara rasminya meninggalkan kelab tersebut selepas mengharungi minggu kesembilan liga.

Sebagai rekod, pemain berusia 22 tahun itu telah melakukan 10 penampilan dalam semua kejohanan bersama The Red Giants dan sudah mencetak dua jaringan dalam saingan liga dan Piala FA.

Jodoh Reziq bersama skuad kendalian Nidzam Jamil tidak bertahan lama apabila kelab yang berpangkalan di Jordan, Al Hussein, telah menandatanganinya secara perpindahan tetap.
 

Reziq dimasukkan pada minit akhir ketika Jordan menentang Palestin di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, yang juga merupakan penampilan terakhirnya di Malaysia, semalam.

Advertisement

Must Watch Video