Meskipun turun selaku pasukan pilihan, ianya bukanlah jaminan buat dia dan rakan sepasukan memandang rendah keupayaan skuad Kijang Emas itu yang pastinya mahu lakar kejutan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tonggak kelahiran Jordan berusia 22 tahun itu turut memberikan jaminan bahawa dia akan berusaha sehabis baik bagi bantu skuad Gergasi Merah meraih tiga mata penuh seandainya diturunkan berdepan skuad kendalian Park Jae-hong nanti.
"Kami mengertahui pasukan itu dengan baik kerana pada setiap perlawan kami akan melakukan analisis berkenaan pasukan lain.
— Selangor FC (@selangorfc) August 6, 2024
"Setiap pasukan bagus dalam liga ini dan kami perlu menghormati semua pasukan sama seperti perlawanan sebelum ini.
"Kami tidak memandang itu sebagai tekanan tetapi sebagai motivasi, dan kami mahu mendapatkan tiga mata dalam perlawanan itu nanti serta beraksi dengan lebih baik." Katanya kepada Nadi Arena.