Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Rasa kehilangan besar tapi terima kasih JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city-hidalgo.jpg
Kuala Lumpur City menghormati keputusan Johor Darul Ta'zim (JDT) memanggil pulang Manuel Hidalgo selepas pemain sayap lincah itu sekadar sempat beraksi dua perlawanan bersama The City Boys musim ini.

Pengarah Eksekutif KL City, Datuk Sham Shamrat Sen Gupta, mengakui memahami situasi berkenaan memandangkan Hidalgo masih terikat kontrak bersama Harimau Selatan.

Hidalgo, yang mewakili Sri Pahang musim lalu, muncul rekrut baru KL City apabila menyertai kelab itu secara pinjaman musim ini.

Kehadirannya memberikan impak positif apabila merekodkan satu jaringan dan satu bantuan gol ketika bertemu Imigresen dalam aksi Liga Super pada 9 Ogos lalu.

Difahamkan, JDT membuat keputusan memanggil semula Hidalgo susulan isu kecederaan pemain selain berdepan jadual padat membabitkan aksi di peringkat domestik dan antarabangsa.

"Hidalgo menjadi pemain yang amat penting buat KL," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"KL tidak melepaskannya tetapi dia dipanggil semula oleh kelabnya, JDT, atas sebab-sebab tertentu.

"Ia satu kehilangan buat KL kerana dalam beberapa perlawanan sebelum ini, dia amat berpengaruh.

"Tetapi berdasarkan kesepakatan pinjaman, kelab induk berhak memanggil semula pemain pada bila-bila masa yang mereka mahu tetapi kami amat berterima kasih kepada JDT kerana membenarkan kami untuk memiliki Hidalgo walaupun hanya untuk beberapa bulan.

"Kami juga berterima kasih kerana mereka terus membenarkan kami memiliki pemain seperti Syamer (Kutty Abba) dan Safawi (Rasid)," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video