LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Perak jadikan KDN mangsa kenduri gol, Sri Pahang-KL City sama handal
PERAK 7 KDN 0
Perak mengaibkan Kelantan Darul Naim (KDN) menerusi kemenangan 6-0 pertemuan Liga Super di Manjung, sebentar tadi.
Penyerang import Sang Seladang, Clayton Da Silva, memainkan watak penting untuk meraikan empat jaringannya selepas terlebih dahulu memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-8.
Iklan
Benteng KDN jelas serba tidak kena berikutan membenarkan tendangan bebas rendah Luciano Guaycochea menggegar gawang mereka disusuli penyudah seorang lagi import, Adilet Kanybekov, untuk menutup 45 minit pertama dengan kelebihan 3-0.
KDN terus merana apabila Clayton menokok dua lagi gol bagi melengkapkan hatriknya dalam tempoh enam minit separuh masa kedua.
Selepas jaringan Tommy Mawat, anak buah Yusri Che Lah ternyata belum puas apabila kepincangan pelawat dihukum sepakan penjuru Kanybekov yang terus bergolek ke gawang -- mirip jaringan Guaycochea untuk kedudukan 6-0.
Dan Clayton menutup malam gemilangnya itu dengan mencetak gol keempat peribadinya untuk keputusan 7-0.
Dalam masa sama, Sri Pahang dan Kuala Lumpur (KL) City terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas aksi di Temerloh -- ditangguh 30 minit -- akibat faktor cuaca.
Tok Gajah memiliki kesempatan untuk melakukan jaringan tetapi jaringan Kenny Pallraj menjadi pemisah kepada kelebihan Warga Kota.
Namun, sepakan penalti pemain import,
Stefano Brundo, memastikan tuan rumah daripada berputih mata selepas beberapa peluang menarik gagal dimanfaatkan.
Must-Watch Video