Pasukan Perak menawarkan pengangkutan percuma kepada semua penyokong The Bos Gaurus yang berhasrat ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menyaksikan perlawanan tertunda xxx menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), 10 November ini.
Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan tersebut, yang dua kali ditunda di Stadium Perak sebelum ini, dipindahkan ke SSI, Iskandar Puteri.
Sebagai rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara cuaca buruk sebelum perkara sama berlaku pada 5 Oktober lalu.
Dalam masa sama, pemegang tiket tertunda juga boleh menebus semula kouta tersebut bagi menonton aksi hangat itu secara percuma di Johor.
Najmi Iman
Tue Nov 05 2024