Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak.jpg
Menerusi kenyataan rasmi Perak berhubung persetujuan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut.

Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa aksi Liga Super di Johor Darul Ta'zim (JDT), yang dua kali ditunda di Stadium Perak sebelum ini, dipindahkan ke SSI, Iskandar Puteri.





Sebagai rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara cuaca buruk sebelum perkara sama berlaku pada 5 Oktober lalu.

Ekoran venue yang tidak sesuai serta penyediaan lampu limpah yang tidak melepasi piawaian minimum menjadi punca utama selain cuaca juga merupakan faktor kepada perubahan tempat permainan.


 
Sehubungan itu, peminat Perak tidak berpuas hati terhadap perkara tersebut termasuk bercadang untuk memboikot aksi yang berlangsung di tempat lawan itu. 

Advertisement

Must Watch Video