Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pengurusan Perak berdiri teguh di belakang Yusri Che Lah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak.jpg
Pengerusi Perak, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, meyatakan sokongan penuh kepada ketua jurulatih, Yusri Che Lah, untuk terus mengemudi pasukan itu membawa cabaran baki perlawanan Liga Super walaupun berdepan prestasi yang membimbangkan.

Selepas mengharungi lima aksi, The Bos Gaurus kini berada di kelompok tiga terakhir di atas Kelantan Darul Naim (KDN) dan Negeri Sembilan selain berkongsi tiga mata bersama dua pasukan tersebut.

Skuad Seladang itu merekodkan empat kekalahan dan berjaya meraih satu kemenangan sahaja menentang Kedah Darul Aman di Stadium Darul Aman menerusi jaringan pemain import, Lee Tae-min.

 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab berkenaan, meskipun menghadapi kesukaran terhadap persaingan antara pasukan lain, pihak kepimpinan Perak memberikan kepercayaan tinggi dan menyakini kemampuan pengendali berusi 48 tahun itu untuk menerajui pasukan tersebut.

Advertisement

Must Watch Video