Penang melakukan rombakan apabila melepaskan seramai 22 pemain serentak menjelang musim baharu Liga Super dan bakal berwajah baru dengan kemasukan pemain yang berada dalam perancangan sebelum ini.
Ketua pasukan, Rafael Vitor, antara tonggak yang akan kekal bersama Harimau Kumbang atas prestasi konsisten, dan dimaklumkan menunggu proses pendokumentasian selesai bergelar warganegara ekoran sudah berbakti sejak 2020.
Rodrigo Dias dan Neto Oliveira merupakan pemain import yang dilepaskan Penang, namun Dylan Wenzel-Halls ditawar kontrak pembaharuan bagi meneruskan misi membantu skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail, musim depan.
Richmond Ankrah dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman akan pulang semula ke pangkuan Selangor selepas selesai proses pinjaman, termasuk Syamer Kutty Abba yang kembali ke Johor Darul Ta'zim (JDT) meninggalkan adiknya Ahmad Haziq Kutty Abba.
Pertahanan, Fairuz Zakaria, akan berkelanan ke kelab baru menjadi pemain terbaru untuk Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) selepas mencapai persetujuan bersama mengharungi kancah liga tempatan.