LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Penang pesta gol benam Kelantan Darul Naim
Penang FC mempamerkan aksi bertenaga apabila merekodkan kemenangan 6-1 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Ini merupakan kekalahan ke-16 Kelantan Darul Naim dalam kempen Liga Super musim ini.
Lima perlawanan terakhir menyaksikan KDN tersungkur samada di gelanggang sendiri mahupun di tempat lawan.
Iklan
Berdepan Penang yang menewaskan mereka pada pusingan pertama Ogos tahun lalu bukanlah tugas mudah buat KDN dalam mencari gol awal.
Skuad Harimau Kumbang membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi Rodrigo Dias.
Tetapi Kelantan hanya memerlukan lima minit untuk menyamakan kedudukan menerusi gol Muhamad Syahir Abdul Rashid.
Bagaimanapun, kegembiraan KDN tidak kekal lama apabila Penang kembali di depan menerusi jaringan Nik Akif Syahiran Nik Mat PADA minit ke-43.
Bersambung babak kedua perlawanan semakin rancak, namun belum ada tanda-tanda gol tambahan dapat dijaringkan KDN mahupun Penang melewati 20 minit babak kedua.
Akhirnya pintu gol Kelantan bolos buat kali ketiga sekali lagi menerusi jaringan Rodrido.
Dias melengkapkan malam indah dengan gol hatrik menerusi sepakan penalti yang diraih minit ke-84.
Tidak cukup dengan empat gol, Penang mengganas lagi di masa tambahan untuk menyumbat dua lagi gol jaringan Dylan Wanzel Halls dan gol penutup Dias untuk keputusan 6-1.
Must-Watch Video