Jaringan tunggal Alif Ikmarizal memacu kemenangan Penang menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 1-0 dalam kempen Liga Super 2024/25 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Pertemuan pertama musim ini pada bulan September lalu berakhir dengan memihak skuad Warga Kota 4-2. Manakala, kali terakhir Penang mencatatkan kemenangan ke atas KL adalah pada tahun 2022 di laman sendiri.
Selepas hampir hampir tiga tahun, keputusan itu berjaya diulangi anak buah Wan Rohaimi dengan ledakan gol tunggal yang menjadi penentu perlawanan.
Sepakan Alif Ikmarizal dalam keadaan huru hara dihadapan gawang pada minit ke-27 hasil hantaran Adib Ra'op memastikan mereka meraih kelebihan jaringan terlebih dahulu.
Pasukan pelawat hampir berjaya menyamakan kedudukan sebelum masa rehat, namun percubaan Patrick Reichelt tersasar daripada palang gol untuk babak pertama tamat dengan Penang mendahului 1-0.
Masuk babak kedua menyaksikan KL bekerja keras untuk mengikat perlawanan, walau bagaimana pun sikh izhan lebih bijak menidakkan peluang terhidang buat jovan motika.
Pasukan tuan rumah pula belum puas dengan kelebihan satu jaringan dan dengan ketika aksi berbaki 10 minit ke wisel penamat, hampir menjadikan keputusan 2-0, tapi Azri Ghani cekal menafikan peluang itu.
Hasrat skuad kendalian Miroslav Kuljanac untuk mencuri sekurang- kurangnya satu mata dari Stadium Bandaraya bertambah sukar apabila mereka dikurangkan ke 10 pemain, selepas Adrijan Rudovic dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.
Kemenangan itu meletakkan Penang di kedudukan ke-10 liga dengan 26 mata daripada 23 perlawanan.
Keputusan Lain LS25:
Kelantan Darul Naim 1 Negeri Sembilan 2