Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: PDRM sangkal isu luar padang main peranan

pdrm.jpg
Penolong jurulatih PDRM, Eddy Gapil, menegaskan isu luar padang bukan punca kekalahan tipis 1-2 The Cops kepada Kuala Lumpur (KL) City dalam pertemuan Liga Super malam tadi, sebaliknya berasakan ia disebabkan faktor permainan.

Gapil mengakui ketumpulan penyudah dan beberapa kesilapan mudah pemain di Cheras menyebabkan mereka kempunan untuk mengubati kedukaan final MFL Challenge Cup.

Sang Saka Biru berdepan beberapa isu besar sebelum ini termasuk jurulatih, P Maniam, direhatkan.

"Tidak. Pemain PDRM matang untuk menangani situasi ini. 




"Mereka telah cuba berikan yang terbaik dalam perlawanan ini. 

"Kami masih tumpul untuk menjaringkan gol. Kami telah buat persiapan tapi masih kesilapan dibuat. 

"Kesilapan pertahanan memberi peluang kepada Paulo Josue hingga gol pertama itu terjadi," katanya selepas perlawanan. 
 

Advertisement

Must Watch Video