Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Paulo Josue rendah diri selepas ledak gol bagaikan roket

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paulo-josue.jpg
Kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue, bersikap rendah diri dengan menganggap elemen tuah membantunya meledakkan gol bagaikan roket ketika menewaskan PDRM 2-1 dalam aksi Liga Super di Cheras semalam.

Josue mencipta sensasi apabila meledak dari luar kotak penalti untuk menjaringkan gol pembukaan The City Boys pada minit ke-23.

Pernah sinonim dengan posisi tengah, penyerang itu bertindak bijak mengacah pertahanan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri padu ke gawang lawan.

Gol itu menjadi titik tolak kemenangan KL City sebelum Haqimi Azim Rosli menambah satu lagi jaringan pada minit ke-50.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Josue menganggap jaringan itu tidak akan terhasil tanpa bantuan rakan sepasukannya.

"Sebenarnya, ia merupakan satu perwatakan saya untuk melepaskan percubaan jarak jauh dan ia agak kuat.

"Dan hari ini, saya dapat menemui penjuru atas untuk kami mendahulului dan dalam babak kedua, Haqimi kemudian melakukan larian yang baik dan dia dapat mengancam pasukan lawan seperti kebiasaan.

"Sudah pasti tugas saya sebagai penyerang adalah untuk menjaringkan gol," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video