Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Orozco ucap selamat maju jaya buat Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

orozco.jpg
Perancang tengah Selangor, Yohandry Orozco, memberi bayangan tidak lagi bersama pasukan Gergasi Merah pada musim depan. 

Skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi itu menamatkan saingan Liga Super musim ini selaku naib juara buat kali kedua berturut-turut dengan mengumpul 52 mata selepas 24 perlawanan.

Setelah musim berakhir, beberapa tonggak Selangor dilihat mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan seperti Khairul Azhan Khalid, Khuzaimi Piee serta kapten, Safuwan Baharudin.

Terbaru, Orozco menerusi satu hantaran seakan-akan memberi bayangan tidak lagi bersama Selangor pada musim depan dengan ucapan terima kasih buat pasukan.

”Terima kasih untuk segalanya Selangor FC dan selamat maju jaya buat pasukan,” tulisnya di laman Instagram.

Malah, Orozco turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat para penyokong setia Selangor selama ini sehingga begitu banyak detik manis dapat dilakar ketika berada di Malaysia.

”Terima kasih kepada para peminat di atas sokongan! Terima kasih Malaysia. Banyak kenangan indah dan tidak terlupakan yang saya lalui di negara yang cantik ini.” tambah pemain itu lagi.

Kredit: MakanBola

Advertisement

Must Watch Video