Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, menganggap aksi Ronnie Fernandez, Yohandry Orozco, Nooa Laine dan Mukhairi Ajmal lebih menyerlah selepas meraikan kenduri gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi
Walaupun tampak sukar mencari penyudah di babak pertama, tambahan dengan jaringan didakwa ofsaid, keinginan Selangor untuk mencetak kemenangan kedua melebihi segalanya.
Ledakan empat jaringan tanpa bolos meletakkan Selangor dalam rekod yang baik selepas dua perlawanan, malah tidak hairan wajah ceria Nidzam terserlah ketika sesi temu bual bersama media sebaik tamat perlawanan.
"Saya suka apa yang Orozco tawarkan kepada kita malam ini memandangkan di berpenggalaman, begitu juga Ronnie yang sudah mula menjaringkan gol.
"Kita beranggapan penyerang perlu menjaringkan gol tetapi saya berpendapat jika dia berkerja keras untuk membantu pertahanan dan menyerang maka dia juga akan berpeluang untuk jaringkan gol.
"Nooa Laine dan Mukhairi Ajmal bermain dengan baik pada malam ini." katanya.