Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Mohd Daud bangga persembahan KDA FC walaupun tewas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-vs-selangor-liga-super.jpg
Pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, tetap bangga dengan prestasi semasa kelabnya biarpun gagal meneruskan momentum selepas tewas tipis 3-2 kepada Selangor FC, dalam aksi ke-12 Liga Super 2023 kelmarin.

Menurutnya, Sang Kenari telah beraksi di tahap terbaik dan kesungguhan diberikan sehingga ke tiupan wisel terakhir, namun rezeki tidak memihak kepada mereka di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

"KDA FC gagal dan kalah dengan Selangor FC dalam satu perlawanan yang penuh intensiti. Hati sedih dengan kekalahan.

"Ramai peminat dan penyokong KDA FC sudah pasti sedih dan kecewa tapi saya tetap bangga dengan persembahan Sang Kenari. Persembahan terbaik mereka," katanya seperti dipetik melalui Facebook rasminya.

Mohd Daud turut mengucapkan tahniah kepada pasukannya atas kemajuan yang konsisten serta penambahbaikan yang dilakukan.

"Mereka sudah ada karakter seperti yang diperkatakan oleh Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain. KDA FC kurang bernasib baik dan ini takdir ketentuan Ilahi," ujarnya, yang turut menghargai kehadiran semua peminat dan penyokong Sang Kenari yang membanjiri stadium lawan di Kelana Jaya.

Menurutnya, pasukan itu akan kembali bangkit dalam aksi seterusnya dan memohon sokongan berterusan penyokong KDA FC untuk terus memberikan motivasi kepada semua pemain.

"Jom kita terus meningkatkan persembahan, sama ada di tempat sendiri atau tempat lawan. Jumpa nanti di Stadium Darul Aman pada 2 Jun. Insya-Allah Sang Kenari akan bangkit semula," katanya.

KDA FC bakal menerima kunjungan satu lagi pasukan yang berada di kelompok atasan liga, iaitu Sabah FC, 2 Jun ini.

Sang Kenari kini berada di tangga kelima dengan 22 mata manakala The Rhinos pula berada di tangga keempat dengan 24 mata selepas 12 perlawanan.

Kredit: Sinar Harian

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video