Terengganu sekali lagi akan melayani kunjungan juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Gong Badak, esok.
Perkhabaran tidak gembira melanda kem Sang Penyu apabila ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali, mengesahkan dua tonggak utama terpaksa disisihkan ekoran masalah kecederaan.
Pemain import dari Filipina, Manuel Ott, bersama pertahanan, Alif Zakaria, harus diketepikan selepas aksi Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup, Selasa lalu.
Menurutnya, satu mata sudah memadai buat pasukannya bagi mengekang asakan skuad Harimau Selatan dalam usaha untuk kekal di kelompok empat skuad terbaik liga.
"Persiapan sedikit terjejas melibatkan dua pemain mengalami kecederaan.
"Kami akan cuba mengimbangi kekuatan JDT selain sasaran satu utama menjadi fokus utama kami," katanya di Nadi Arena.
Untuk makluman, Safawi Rasid dan Azam Azmi Murad turut tidak berada dalam senarai susulan kedua-dua merupakan pemain pinjaman kelan tersebut.

Ketua Jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali sahkan Manuel Ott & Alif Zakaria terpaksa diketepikan untuk aksi Liga Super bertemu JDT esok ekoran masalah kecederaan/tidak cergas.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 24, 2025
Laporan penuh di Nadi Arena 6.30 petang ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/XfaYp4KnSd