Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Melaka sia-siakan dua sepakan penalti benarkan DPMM raih kemenangan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka-wasted.jpg
Melaka mensia-siakan dua peluang sepakan penalti untuk membenarkan DPMM meraih kemenangan pertama dalam Liga Super musim ini dengan mengungguli pertemuan di Stadium Hang Jebat dengan keputusan 1-0 sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Melaka dihadiahkan sepakan penalti pertama selepas Fairuz Zakaria didapati menjatuhkan Aiman Danish Abdul Azim tetapi sepakan yang dilakukan Azim Rahim berhasil ditepis penjaga gol DPMM, Haimie Abdullah Nyaring.

Malang berterusan menimpa Melaka menjelang ke bilik persalinan apabila bola didapati terkena tangan Irfan Zakaria dalam kawasan penalti dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Jordan Murray untuk membuka jaringan pelawat.

Dalam babak kedua, Melaka sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti selepas Miguel Oliviera melakukan kekasaran ke atas Afeeq Iqmal Rosli, tetapi sekali lagi, Haimie cemerlang menyelamatkan keadaan, kali ini dengan menepis sepakan Danilo Magalhaes pada minit ke-68, sekali gus memberikan kemenangan pertama DPMM.

Dengan kemenangan itu, DPMM memintas melaka untuk menduduki tangga kesembilan Liga Super dengan empat mata selepas lima perlawanan manakala Melaka pula di tangga ke-10 dengan tiga mata.

 
Whey Protein

Bina Otot Padu

Nutrisi penting yang jadi pilihan atlet untuk prestasi harian.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video