Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Mampukah Terengganu cipta 'sesuatu' di Petaling Jaya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-04-05-193159.png

Menjelang aksi tumpuan Liga Super minggu ke-24, saya yakin masing masing sudah tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan hebat antara Selangor lawan Terengganu di Kelana Jaya.

Selepas rehat hampir dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan skuad kebangsaan, kini saingan liga super bakal kembali bersambung dengan enam aksi menarik buat penyokong bola sepak tempatan.
 


Tumpuan para peminat sudah pasti terarah kepada aksi yang berlangsung di Kelana Jaya, lebih lebih lagi apabila Selangor idam lakukan kebangkitan selepas rekod kemenangan mereka terhenti akibat kekalahan 1-2 di tangan Kuching City dalam perlawanan terakhir di gelanggang lawan tatkala pasukan Terengganu impikan tiga mata untuk mengejar tempat ketiga Liga Super.

Advertisement

Walaupun Selangor sudah pun bergelar naib juara liga dengan 46 mata, perlawanan ini lebih kepada untuk jaga nama baik dan maruah skuad gergasi merah.

Sementara Terengganu pula turun tanpa tekanan dengan kini huni kedudukan kelima, hanya empat mata sahaja di belakang Kuching City untuk naik ke kelompok tiga terbaik.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada 28 September 2024 di Gong Badak yang menyaksikan Selangor menang tipis 1-0 hasil jaringan di minit awal daripada Ronnie Fernandez.

Dengan halangan yang dihadapi Terengganu seperti yang dilaporkan wartawan Fina Nasrom, terpaksa berlatih di kawasan parkir akibat cuaca sudah semestinya akan mencacatkan sedikit persiapan mereka tetapi pastinya ia menjadi pembakar semangat buat skuad kendalian Badrul Afzan Razali untuk buru 3 mata penuh di laman lawan!

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video