LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Kuching City buru mata penuh di laman Kelantan United
Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menegaskan pasukannya bakal turun dengan misi wajib menang ketika berdepan Kelantan United, malam esok.
Biarpun terpaksa melupakan khidmat tonggak pertahanan import, Mihailo Jovanovic, yang berdepan penggantungan kad kuning, Aidil Sharin percaya barisan pemain yang dibawa ke Kota Bharu mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.
"Kami hadir sebagai 'underdog' kerana akan mengharungi perlawanan di tempat lawan.
Iklan
"Kami turun dengan misi memburu kemenangan dan dengan persiapan, mereka sudah tahu perancangan permainan esok," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Pengendali kelahiran Singapura itu turut memaklumkan bahawa motivasi anak buahnya berada di tahap terbaik dan bersedia untuk memburu kemenangan kedua musim ini.
Selepas 19 perlawanan, The Cats kini menghuni kedudukan tercorot Liga Super hasil satu kemenangan, empat kali seri serta 14 kali tewas sementara lawan mereka, Sang Kijang Hijau di kedudukan ke-12 selepas 20 perlawanan.
"Selain Jovanovic, saya berkesempatan untuk menurunkan skuad penuh," katanya.
Must-Watch Video