Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuching City berpesta gol ke atas Imigresen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniel-asri.jpg
Kuching City berpesta gol apabila menewaskan Imigresen 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak sebentar tadi.

Bekas penyerang Selangor, Danial Asri, muncul pemain paling cemerlang meledakkan dua gol dalam babak kedua.

Ramadhan Saifullah memulakan pesta gol itu menerusi jaringan pada minit ke-29 untuk Kuching City ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol.

Danial kemudian menghasilkan gol berganda hasil sentuhan pemusnahnya pada minit ke-48 dan 64 sebelum Petrus Shitembi melengkapkan kemenangan bergaya itu pada minit ke-75.

Dengan kemenangan itu, Kuching City kini menduduki tangga keempat dengan 10 mata daripada lima perlawanan dan masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Imigresen, dalam pada itu, terus bergelut di tangga ke-11 dengan hanya dua mata setakat ini.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video