LION CITY 4 SELANGOR 2
Selangor membuka langkah kiri dalam perlawanan pertama tanpa pengendalinya, Katsuhito Kinoshi, yang direhatkan sejak lima hari yang lalu apabila tumbang di laman Lion City Sailors 4-2, sebentar tadi.
Cuaca buruk yang mendorong perlawanan tertangguh selama sejam bagaikan satu petanda buruk kepada misi Gergasi Merah dalam pemburuan tiga mata pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Pemangku jurulatih, Christophe Gamel, melakukan dua pertukaran kepada barisan terakhir Selangor di bawah kendalian Kinoshi, dengan memasukkan Kevin Deeromram dan Sharul Nazeem Zulpakar.
Namun, selepas tuujuh minit aksi berlangsung, gawang Selangor sudah pun dibolosi.
Belum puas dengan satu jaringan, bekas penggempur Yokohama F.Marinos, Anderson Lopes, terus meledak gol kedua peribadi berselang lima minit dan ternyata benteng terakhir pelawat gagal belajar daripada kesilapan awal.
Dan Selangor berpeluang menyusun semula rentak berikutan perlawanan ditangguh sejam bermula minit ke-30 akibat cuaca buruk.
Selangor dihadiahkan peluang terhidang untuk merapatkan jurang sejurus permainan bersambung yang menyaksikan Chrigor Moraes dijatuhkan penjaga gol lawan, Ivan Susak.
Pemain import itu kemudian tidak mensia-siakan sepakan penalti tersebut untuk menjadikan kedudukan 1-2.
Namun, Stadium Bishan kembali gegak-gempita apabila Lopes berjaya melengkapkan hatriknya beberapa minit kemudian.
Selangor cuba mengurangkan defisit dalam babak kedua, namun sebaliknya berlaku apabila Lopes yang menambah jumlah jaringan Lion City untuk mendahului 4-1.
Pelawat sempat mendapatkan gol sagu hati menerusi Faisal Halim, namun setakat itu sahaja kebangkitan anak buah Gamel hingga wisel penamat.
Beli Sekarang

Dari Sentuhan Pertama Ke Gol
Kasut bola berkualiti bantu kawalan lebih kemas di padang.
Beli Sekarang