Berita gembira buat penyokong setia kelab bola sepak Kuala Lumpur City, tawaran harga tiket istimewa dengan potongan diskaun sebanyak 70% menjelang aksi Liga Super menentang Perak, 6 April depan.
Tawaran istimewa ini disajikan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri buat penyokong muda berumur 7 hingga 18 tahun (mengikut tahun lahir) dan menuntut di mana-mana sekolah dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Harga promosi ini hanya sah untuk pembelian dan kemasukan melalui Pintu B2, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pada Ahad, 6 April 2025, bermula jam 3:45 petang menjelang sepak mula perlawanan yang dijadualkan akan berlangsung pada 5:15 petang.
Bagaimanapun, setiap pembelian perlu disertakan dengan bukti pengesahan MyKad atau MyKid untuk menikmati harga diskaun RM3 untuk setiap tiket dan pembayaran yang diterima hanya dalam bentuk tunai sahaja.
Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu usaha KL City dalam menghargai sokongan generasi muda sambil menceriakan sambutan Aidilfitri bersama komuniti bola sepak ibu kota.

Raikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama KL City! Khusus buat penyokong junior City Boys kami, laki-laki & perempuan berumur 7 ke 18 tahun, menurut tahun lahir, yang bersekolah di WP Kuala Lumpur, tambang kemasukkan hanya RM3 sahaja bagi menghadiri perlawanan Liga Super lwn Perak. pic.twitter.com/iW0qUukT0R
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) April 5, 2025