Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City ledak tiga gol benam PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
KL City FC menghasilkan tiga jaringan untuk memastikan tiga mata penuh dalam aksi Liga Super berdepan PDRM, sebentar tadi.

Bermain di laman sendiri semestinya memberi kelebihan buat The City Boys namun ancaman yang diberikan PDRM turut hampir menguji benteng akhir tuan rumah. 

Bermula dengan percubaan pemain import dari Nigeria, James Okwuosa pada minit ke sembilan, namun kredit perlu diberikan kepada Azri Ghani yang menyelamatkan keadaan. 

Kl City membalas serangan menerusi usaha Paolo Josue tapi tiada penyudahnya, namun Josue sekali lagi muncul selaku pemain yang merobek hati penyokong pasukan PDRM.

Ini apabila dia membantu Romel Morales dengan jaringan pertama KL City dalam aksi Liga Super dan kedua buatnya untuk musim ini.

Selesa di depan, berselang beberapa minit kemudian KL City seperti dihadiahkan dengan kealpaan pemain PDRM, Muhammad Alif Najmi, yang bawa padah buah buat anak buah Azzmi Aziz. 

Ketinggalan tidak mematahkan semangat PDRM berusaha melakukan serangan -- rembatan Marcus Macauley namun mudah dinafikan penjaga gol. 

Sebaliknya, KL City yang menambah lagi jaringan melalui tandukan Tchetche Kipre di penghujung perlawanan. 

PDRM terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Okwuosa dan Hiancarlo Gallifuoco kedua-duanya dilayangkan kad merah ekoran bergaduh di atas padang.
 

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Penang FC bangkit daripada ketinggalan untuk merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Kuching City, Abu Kamara membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-32 sebelum Khairul Akmal Rokisham menyamakan kedudukan pada minit ke-45 sebelum Hassan Ali Saad memastikan kemenangan Penang FC di laman sendiri.  
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video