Ketua jurulatih KL City, Nenad Bacina, tidak gentar, apabila disoal tentang keghairahan pihak lawan, Perak dalam mengekalkan momentum kemenangan menjelang pertembungan Liga Super ke-21 esok.
Bacina juga teruja dengan kehadiran semula tonggak utama buat pasukan kendaliannya, kapten pasukan, Paulo Josue, selepas pulih daripada kecederaan serta yakin dapat membantu merencatkan usaha Perak untuk merebut tiga mata penuh.
"Kami menghormati lawan namun tidak gentar dengan kemampuan mereka. Kami sendiri memiliki kualiti tersendiri dan saya mahu melihatkan persembahan yang berkualiti dan terbaik supaya tidak kecewa dengan sebarang keputusan," katanya.
Sementara itu, pemain pertahanan KL City, Kenny Pallraj, mengakui bekas pasukannya itu mampu memberikan saingan yang sengit dengan corak permainan yang positif ditunjukkan dalam beberapa perlawanan terdahulu.
Bagaimanapun, Kenny juga yakin skuad warga kota mampu memberikan cabaran terbaik sepanjang 90 minit perlawanan.
"Kami cuba mengulangi persembahan yang sama seperti perlawanan terdahulu. Kami akan cuba memberikan permainan yang positif dan terbaik dalam perlawanan ini," kata Kenny.
Pasukan Perak yang dibarisi kebanyakkan pemain muda tidak dianggap sebagai kekurangan buat pemain berpengalaman, Wan Zack Haikal Wan Noor.
Juara Liga Perdana 2018 bersama Felda United itu optimis kemampuan The Bos Gaurus, selain berasakan ini permulaan terbaik bagi pasukannya dalam memastikan tiga mata penuh dapat dituai dalam baki saingan musim ini.