Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City hukum kerapuhan PDRM

paulo-josue.jpg
KL CITY 2 PDRM 1 

PDRM masih belum menemui jawapan kepada rentak tiga kekalahan apabila tumbang kepada Kuala Lumpur (KL) City 1-2 dalam pertemuan Liga Super di Cheras sebentar tadi. 


Tuan rumah jelas di kedudukan lebih selesa dalam pemburuan mata penuh itu apabila acahan Paulo Josue berhasil melepaskan satu tendangan deras yang menerjah ke dalam gawang lawan. 

Terdahulu, Jovan Motika melepaskan satu peluang menarik untuk meletakkan KL City di depan dan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat. 

Namun, skuad Warga Kota tidak rela menunggu lama untuk mengukuhkan kedudukan. 




Kerapuhan Sang Saka Biru dihukum oleh penyerang kebangsaan, Haqimi Azim Rosli, selepas lima minit permainan bersambung. 

Kedua-dua pasukan meningkatkan ancaman ditemui gawang, hanya dihampakan oleh penyudah sebelum ledakan pemain import, Chidi Osuchukwu, menjadi gol sagu hati buat PDRM menutup permainan 1-2. 



Keputusan lain: 

NEGERI SEMBILAN 2 KEDAH 0

KELANTAN DARUL NAIM 0 KUCHING CITY 3


 

Advertisement

Must Watch Video