Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kerap kalah punca Moon-sik direhatkan -- Norizam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norizam-tukiman.jpg
Kekalahan berterusan yang direkodkan oleh Kelantan FC menjadi punca pengendali pasukan itu, Choi Moon-sik, direhatkan oleh pihak pengurusan.

Mendedahkan perkara itu kepada umum, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, berkata kesukaran berkomunikasi antara pemain dan jurulatih turut mempengaruhi keputusan itu selain tiada laporan prestasi.

"Saya kena buat keputusan ini sebagaimana menjadikan Rezal Zambery Yahya sebagai pemangku jurulatih ketika ketiadaan Marco Rajini dahulu," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Respon itu dibuat Norizam atau Zamburger susulan pendedahan yang dibuat oleh ejen bola sepak Asia,Jeong Myeongho, yang menempelak tindakan Kelantan FC merehatkan Moon-sik tanpa sebarang budi bicara.

Jeong dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya, leo_jeong10, mendakwa tindakan itu seperti sudah dirancang dan pemilihan pemain untuk perlawanan dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan Moon-sik.

Zamburger turut menafikan dirinya suka campur tangan dalam menentukan barisan pemain semasa perlawanan.

Ujarnya, dia telah memberikan kepercayaan penuh kepada ketua jurulatih untuk membuat keputusan.

"Tetapi ada masa saya akan minta untuk masukkan atau keluarkan pemain-pemain yang dirasakan perlu atas nasihat barisan jurulatih. Kalau selaku pemilik, cadangan saya yang satu peratus tak boleh diterima, baik saya jangan jadi pemilik.

"Saya juga tak mahu ketua jurulatih besar kepala sehingga langsung tidak mahu dengar pandangan dari teknikal, 'Sporting Director' dan pasukan jurulatih yang lain.

"Di Kelantan, kita semua kena terbuka kepada idea, yang baik kita ambil, tiada salah pun. Matlamat saya hanya mahu menang, itu sahaja," katanya.

Zamburger memberitahu, jika kemenangan diberikan, dia tidak akan mengacau pasukan kerana mempunyai tanggungjawab lain.

"Tapi kalau dah kalah teruk takkan saya nak biarkan habis sehingga teruk. Saya kena campur tangan sebab tiada pemilik hendak kelabnya kalah dan terus jadi 'lauk'. Semua ada tertulis dalam kontrak sebelum pegang jawatan ketua jurulatih.

"Jurulatih datang dan pergi. Bila menang dia 'tuntut' semua kejayaan. Bila masalah...senang angkat kaki. Macam biasa, saya juga yang hadap bila ada masalah dan isu besar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai masalah gaji, Zamburger berkata kelewatan dalam pembayaran gaji memang berlaku.

"Bagaimanapun, ia hanya melibatkan tempoh singkat antara seminggu hingga dua minggu sahaja. Tapi kalau ada kata berbulan-bulan tak dapat gaji itu adalah fitnah," katanya lagi.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video