Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan United mahu satu mata lawan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-united.jpg
Kelantan United tekad mencuri satu mata dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

Penolong jurulatihnya, Nazrulerwan Makmor, mengakui berdepan pendahulu Liga Super itu, yang lengkap dari segenap sudut, bukan satu tugas mudah buat mereka.

"Bagaimanapun, kunjungan kami ke JDT dengan sasaran untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata biarpun sedar lawan bakal turun dengan kekuatan penuh," katanya.

Menurutnya, Kelantan United selesa turun dengan status pasukan bukan pilihan dan akan memberikan tentangan sengit kepada lawan itu.

Ujarnya, dia menuntut barisan pemain mengamalkan disiplin dengan mengikut segala taktikal yang bakal direncanakan itu nanti.

Mengulas tahap kecergasan pemain, termasuk pemain import, Nazrulerwan berkata masih ada beberapa pemain yang berada dalam pemantauan selepas mengalami kecederaan dalam aksi sebelum Aidilfitri.

Kredit: Sinar Harian

 

Advertisement

Must Watch Video