Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan TRW datangkan 12 pemain import, Ifedayo, Prince Aggreh antara tersenarai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ifedayo-prince-aggreh.jpg
Ifedayo Olusegun dan Prince Aggreh antara dua daripada 12 pemain import yang bakal berjuang di pentas Liga Super bersama Kelantan The Real Warriors (TRW) musim ini.

Dua pemain itu memiliki pengalaman dalam saingan liga domestik dan dijangka beri keseimbangan pasukan itu musim depan.

Difahamkan TRW juga bakal menampilkan dua pemain import dari Filipina dan Myanmar serta seorang pemain dari Sierra Leone dan Syria.

Penasihat Kelantan TRW, Tan Sri Annuar Musa, turut mendedahkan proses mengenal pasti pemain tempatan sedang berlangsung rancak selain tidak menafikan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Kuala Lumpur City, Haqimi Azim Rosli, dan pertahanan, Syazwan Andik, secara pinjaman.

"Ada dua atau tiga pemain bertaraf tinggi yang sudah bermain dalam liga tertinggi di Asia, termasuk Ifedayo dan Prince Aggreh," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Prince Aggreh pernah bermain dalam liga di Tiumur Tengah tetapi yang lain-lain kita tunggu pengumuman nanti.

"Ini contoh yang akan berlaku dalam TRW, kita ada pemain muda untuk jangka panjang dan kami juga mengambil beberapa pemain berpengalaman.

"Ia supaya tidak membebankan jurulatih untuk terlalu fokus kepada pembangunan dan dapat fokus kepada prestasi. 

"Kerana penyokong tidak bersabar dan mereka mahu lihat kemenangan.

"Kami tidaklah terlalu bercita-cita tinggi, kami hanya mahu kekal dalam Liga Super dan berada dalam kelompok 10 teratas, tdak lagi menjadi pasukan belasahan di tempat tiga terbawah," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video